Boy band adalah istilah bagi kumpulan penyanyi muzik pop yang dianggotai oleh 3 atau lebih anggota lelaki, biasanya dari kalangan remaja. Kumpulan boy band juga turut berperanan sebagai penari juga; mereka sering mempersembahkan tarian bagi diserasikan dengan muzik mereka.
Walaupun mereka dipanggil sebagai "boy band" (maksud dalam Bahasa Melayu secara literal: "kugiran budak lelaki"), mereka amat jarang memainkan alat muzik tetapi selalunya mereka bertindak sebagai kumpulan vokalis harmoni. Konsep boy band adalah serupa dengankumpulan remaja perempuan. Istilah serupa bagi boy band termasuklah kumpulan remaja lelaki (vocal group), kumpulan vokal lelaki (male vocal group), kumpulan jejaka (guy group) dan kru lelaki (man crew).
No comments:
Post a Comment